Online Event
Event will be conducted in Malay
Synopsis
Didik & Sekolah Anak: Madrasah Atau Tidak?
2023 ONLINE FAMILY FESTIVAL MDWP SERIES
Setiap ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka. Bagaimana harus kita mendidik anak? Dan adakah didikan dan tarbiyah itu sama sahaja?
Tentang sekolah pula, adakah semua sekolah itu sama? Ada beza kalau ingin hantar anak ke madrasah, sepenuh masa atau separuh masa? Apakah persiapan dan persediaan yang ibu-bapa harus lalui tentang persekolahan?
Mari kita berdiskusi bersama ahli panelis tentang objektif pendidikan dan cita-cita ibu-bapa terhadap anak mereka. Ahli panelis terdiri dari Puan Marina Yusoff, seorang ibu dengan 4 cahaya mata, dan Ustaz Ma’az Sallim, seorang bapa dengan 3 cahaya mata. Kedua-dua panelis mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah pemerintah dan juga madrasah sepenuh masa.
Sesi ini adalah satu dari empat sesi Perdaus Online Family Festival 2023 yang dibiayai Biaya Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) Mendaki.
Details
Topik: Didik & Sekolah Anak: Madrasah Atau Tidak?
Tarikh: 4 Feb 2022, Saturday
Masa: 8pm - 9.30pm
Tempat: Zoom (Dalam Talian)
Panelis: Puan Marina Yusoff & Ustaz Ma’az Sallim
Sesi dalam Bahasa Melayu dan PERCUMA
Daftar:
https://swiy.co/onlinedate